conteng2 lagi

| 1 comment
as-salam semua, masa yang agak terhad bagi blee dewasa ini membuatkan blog ini tidak dikemaskini.

disini blee nak kongsikan contengan dala sketchbook blee beberapa ketika ini






semua contengan ini diambil pada laman insta blee sendiri
sila follow insta blee untuk melihat contengan2 lain

sekian sahaja coretan kali ini
jumpa lagi

siapa lebih makan garam??

| No comment yet


Garam adalah sebatian bukan organik yang terdiri daripada ion sodium dan klorida (NaCI) dan tidak termasuk aditif makanan. Satu sudu teh garam (5 gram) bersamaan dengan 2000 mg sodium. Selain wujud dalam bentuk NaCI, sodium juga terdapat dalam bentuk aditif makanan (Akta Makanan 1983).



Aditif Makanan

Aditif makanan ialah apa-apa bahan yang selamat dimasukkan dengan sengaja ke dalam atau pada makanan dalam kuantiti yang kecil termasuklah apa-apa bahan pengawet (sodium benzoate, sodium nitrat, sodium bikarbonat) dan penambah perisa seperti monosodium L-Glutamate (MSG) (Akta makanan 1983)

Berapa jumlah garam diperlukan?

Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO 2012), telah menyarankan penggunaan sebanyak 5 gram sehari iaitu bersamaan dengan 1 paras sudu the garam. Penggunaan garam yang berlebihan akan membahayakan kesihatan.

Mengapa perlu kurangkan garam?

Pengambilan garam dan makanan tinggi garam secara berlebihan akan mengikat cecair secara berlebihan di dalam badan. Ini menyebabkan buah pinggang tidak dapat mengkumuhkan cecair tersebut sebagai air kencing. Seterusnya ia meningkatkan isi padu cecair badan dan meningkatkan tekanan darah. 

Jika ini berlaku secara konsisten, ia akan menyebabkan hipertensi. Bertitik tolak daripada tekanan darah tinggi, ia akhirnya akan membawa kepada komplikasi kepada penyakit lain seperti serangan dan kegagalan jantung, penyakit buah pinggang dan strok.


Cara mengurangkan Garam


  • Kurangkan penggunaan garam, perasa, MSG dan perencah di dalam masakan. Gantikannya dengan bawang, kunyit, rempah, cili, halia, perahan jus limau dan bahan perasa asli yang lain.

  • Elakkan makanan segera, dalam tin, yang diproses atau di awet.

  • Pilih makanan segar

  • Kurangkan makan di luar.

  • Pilih makanan sup, bakar, gril, rebus, pindang atau singgang.

  • Pilih makanan berkuah tanpa santan berbanding goreng.

  • Elak tambah petis, garam, sos dan kicap dalam makanan.

Panduan membeli

Pastikan anda membaca label pada makanan yang ingin dibeli.

Sumber garam dalam makanan tin yang diproses dapat diketahui dengan merujuk kepada perkataan “Sodium” atau “Natrium”.

Berwaspada dengan bahan gantian kepada perkataan garam atau mengandungi garam seperti berikut:

  • Mononatrium/ Monosodium glutamate.

  • Sodium/Natrium bikarbonat

  • Dinatrium inosihat/guaninat.

  • Disodium diphosphate

  • Protein sayuran berhidrolisis (Soy)

  • Sodium nitrate/nitrite

  • Sodium Caseinate

  • Soy Sauce.
Moga-moga dengan serba sedikit panduan di atas, kita dapat menyediakan diet yang sihat untuk tubuh kita.

Rujukan: Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia

fish party | setia city mall

| No comment yet






Sekumpulan ikan berpesta di setia city mall

semoga ukhuwah berkekalan


ADCV#3 | mannequin challenge

| No comment yet




Monkey D Luffy | Fan Art

| No comment yet




landcape #1 | speed paint

| No comment yet